Ikhwan:



Bismillahirrahmanirrahim...

Saban hari pelbagai isu yang timbul dan terus-terus dimainkan di negara Malaysia tempat tumpah darah ini. Sememangnya kita bangga menjadi rakyat Malaysia. Namun begitu, semakin hari semakin banyak perkara dan tindakan yang dilakukan pemerintah telah menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat. Kami berikan kepercayaan, kami berikan tanggungjawab, persoalannya adakah tanggungjawab itu dapat dilaksanakan dengan baik ? Adakah pemerintahan itu dijalankan dengan telus ?  Hari ini kerajaan seolah-olah mengganggap rakyat ini  buta, pekak, bisu dan lumpuh. Lebih menyedihkan lagi apabila kerajaan seolah-olah merasakan bahawa rakyat Malaysia ini bodoh tanpa tahu berfikir dan menilai seperti seorang kanak-kanak yang belum mumayyiz yang boleh diumpan dengan gula-gula dan coklat.

Pada saya, kerajaan sebenarnya sedar tentang segala-galanya. Kerajaan sedar bahawa rakyat sudah terjaga dari mimpi lena. Tapi mereka seperti sengaja tidak mengendahkan itu dan ini. Mereka terus dengan cara mereka. Saya pun tidak tahu apa sebabnya. Mungkin kerana kemewahan yang mengaburi mata. Mungkin untuk kesenangan duniawi semata. Anda jawablah sendiri, bukan hari ini, tapi di akhirat nanti.

Perkara sama berulang-ulang dan tidak pernah berubah. Setiap lima tahun  rakyat ditabur dengan janji manis yang memberikan secebis harapan buat rakyat. Kita masih terus percaya dengan janji-janji itu walaupun perkara sama berulang. Kita masih memberi kepercayaan kepada mereka untuk terus memerintah. Mungkin ada sesuatu disebalik kepercayaan yang diberikan ini. Kita sebenarnya tidak mahu memberikan mereka peluang untuk terus bermaharaja lela. Kita tidak mahu pun memangkah apa yang kita pangkah. Namun, kita tiada pilihan lain. Kita terdesak!!! Kita terpaksa!! Kerana kita tidak mahu sesuatu yang lain akan berlaku di negara tercinta ini, negara Melayu, Negara Islam yang kita kongsi bersama dengan pelbagai kaum dan agama. Saya harap anda faham apa yang cuba saya luahkan ini.

Hari ini, rintihan rakyat tidak lagi didengari dan dilayani oleh mereka. Setiap keputusan yang diambil  tidak dibawa berbincang bersama kita yang telah memilih mereka untuk mewakili kita. Keluhan kita dibiarkan sepi. Kata mereka “ rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” . Realiti yang sebenarnya, rakyat ditinggalkan, pencapaian belum pasti menjadi kenyataan. Kita nampak silap mereka, jangan kata kita buta. Ayuh kita senaraikan bersama :

1.       Mereka naikkan harga barang sesuka hati mereka. Bukan barangan yang digunakan oleh sebahagian rakyat. Ini barangan keperluan asas yang diperlukan oleh semua rakyat demi menambah secebis keringat untuk mencari sesuap nasi. Harga gula, harga minyak mereka naikkan. Nampak seolah -olah hanya dua harga barang sahaja yang naik. Hakikat sebenarnya, semua perkara termasuk sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan, semua akan turut sama naik. Malah, tarif elekrik juga turut sama naik.Siapa yang terbeban??? Siapa?? Kita yang susah hari ini, akan terus susah. Kejam bukan? Inilah penindasan, tetapi bukan secara terang-terangan.

2.       Mereka yang kaya akan terus kaya selama-lamanya. Cukai yang selama ini kita sandarkan pada mereka yang kaya dianggap tidak adil. Dianggap beban kepada mereka. Oleh itu apa tindakan kerajaan yang baik ini. Mereka perkenalkan GST. Kata mereka GST ini akan menghebahkan tanggungjawab membayar cukai ini kepada semua rakyat. Bukan kepada mereka yang kaya sahaja. Tukang sapu, tukang kebun, nelayan, petani malahan penganggur sekalipun, kerajaan ini ingin kerah, ingin perah untuk membayar cukai demi menyumbang kepada pembangunan negara kononnya. Inikah keadilan di mata mereka? Siapa yang tidak pandai sebenarnya?? Siapa yang tidak berfikir sebenarnya ?

3.        Harga barang naik, rakyat mengeluh dan  mengadu. Apa kata menteri yang kita angkat dan kita hormati. “Jangan hanya tahu mengadu, sumbang idea juga”. Kata menteri KPDNKK. “Kalau harga ayam naik, jangan makan ayam, makan sayur, tanam sayur sendiri” Kata mereka juga, “kalau tidak suka kerajaan, boleh keluar dari Malaysia, tinggal di tempat lain”, saya tersentak dan terfikir, mana sensitiviti mereka tentang nasib dan keluhan rakyat. Kita ada perancang ekonomi, berapa kita bayar untuk sebulan dan untuk setahun pada mereka ? Adakah ini hasilnya ?? Lebih baik kita bagi pelajar tadika untuk mengira. Apa guna perancang ekonomi ini kalau ekonomi tidak stabil, ekonomi merudum, hutang banyak, rakyat  pula yang disuruh mencari idea. Ini tidak patut berlaku sebenarnya. Bila negara banyak berhutang, rakyat pula yang disuruh berjimat. Kita pula yang disandarkan. Pemerintahan jenis apakah ini ?

4.       Perbelanjaan siapa sebenarnya yang melampau batasan. Siapa yang sebenarnya membazir wang negara. Kalau jamuan mereka sahaja, berapa mereka habis untuk satu kepala. Sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Makan dan terus makan sampai kenyang dan sampai lupa tentang perlunya jimat cermat yang mereka canang. Mudah!!! Hidup mereka mudah. Hidup mereka mewah.  Hendak pergi kemana-mana, pakai sahaja jet persendirian dan bayaranya ditanggung beres oleh kerajaan. Wang siapa yang mereka habiskan demi kemewahan? Siapa yang tahu jawapnnya diminta simpan. Jangan kecoh-kecoh kerana bimbang akan direman.

5.       Janji mereka ingin menurunkan harga kereta sekadar janji palsu dan mainan pilihanraya sahaja. Tiada satu pun harga yang turun, semuanya naik belaka. Ini baru tahun  2013, belum masuk 2014. Mungkin benarlah tahun baru ini adalah tahun kesengsaraan rakyat. Sama-sama kita tunggu, apa lagi yang bakal berlaku pada tahun hadapan yang akan menjelang esok hari.

Cukuplah lima silap mereka yang diceritakan dalam tulisan ini kerana kalau ingin disenaraikan semuanya mungkin tidak sempat untuk ditulis. Bukan saya tidak bersyukur dengan apa yang ada hari ini, mungkin bagi saya kehidupan sedia ada ini sudah cukup, tapi bagaimana dengan nasib mereka yang masih lagi kesempitan di saat ini. Adakah kehidupan yang sempit itu akan menjadi semakin mencengkam.

Detik 31 December telah hambir menjelang tiba. Namun begitu, bukan kegembiraan yang ada di hati ini tetapi semak dengan kebimbangan.  Serabut memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya apabila anak muda mula mengorak langkah untuk bersatu. Bersatu demi sesuatu yang belum tentu apa kesudahannya. Kita dengar desas desus perhimpunan “turun” yang digambarkan sebagai perhimpuan untuk menggulingkan kerajaan. Salah siapa kalau perkara ini benar-benar terjadi?? Mungkinkah kalau sesuatu yang buruk berlaku nanti, semua pihak mendiamkan diri, sunyi sepi kaku dan bisu. Di saat itu, tidak guna lagi untuk mencari penyelesaianya kerana nasi sudah menjadi bubur, arang sudah menjadi abu. Salah kita kerana sudah terhantuk baru ingin terngadah dan tidak cuba menyediakan payung  sebelum hujan. 

 Mahukah kita menjadi seperti negara-negara lain yang tersungkur kerana diri sendiri.  Kita perlu belajar daripada sejarah. Kita perlu menilai erti sebuah pengalaman. Kalau bukan pengalaman kita, mungkin dari pengalaman orang lain. Kita lihat dan kita dengar apa yang berlaku pada negara saudara kita nun jauh di Timur Tengah. Apa yang terjadi kepada Mesir, Tunisia dan Syria. Sehingga ke hari ini kehancuran dan kemusnahan masih belum reda. Tangisan anak yang kehilangan ibu dan ayah masih kedengaran, dentuman bom dan peluru masih menghantui bumi Islam ini. Bukan salah mereka kerana bangkit mengecam kezaliman pemerintah yang menindas mereka. Mereka lakukan ini demi sebuah perjuangan.

Kita tidak mahu perjuangan yang sama perlu untuk kita lakukan di tanah Malaysia ini. Kita tidak mahu ada darah yang tumpah kerana menentang kerajaan sendiri. Kita mahukan keamanan. Kita mahukan keadilan. Justeru, saya menyeru kepada semua yang mampu menilai dan berfikir, bertindaklah dengan sebaiknya. Bukan satu pihak yang perlu menang. Kita perlu menang bersama. Pemimpin harus sedar keadaan ini, tindakan kerajaan yang salah perlu diperbetul. Rakyat tahu, tidak semua tindakan kerajaan itu salah. Banyak sahaja yang baik dan berfaedah, namun masih ada ruang-ruang kosong yang lompong dan perlu untuk diubah dan dibaiki segera. Jangan sampai ada hati yang terdetik untuk bangkit menjatuhkan negara sendiri.

 Rakyat marhain sekalian, saya sama seperti anda. Darah merah yang sama warnanya mengalir dalam tubuh ini. Sekali sekala nafsu amarah membuak-buak di dalam gedung hati tatkala ada perkara yang tidak dipersetujui. Namun ingatlah, kita manusia punya akal fikiran. Berfikirlah dengan sebaiknya. Jangan hanya mampu menuding dan menuduh tidak kira betul atau salah. Perkara yang baik harus kita terima demi perubahan, perkara yang salah perlu kita perbetulkan dengan cara terbaik. Bertindaklah mengikut akal, jangan mengikut nafsu. Sebenarnya kitalah yang kalah apabila tunduk pada nafsu yang bermaharajalela.  Sama-sama kita bina negara yang aman dan harmoni untuk sepanjang  zaman.
Coretan anak bangsa Malaysia. Tanah Tumpah darahku. Selamat menyambut tahun baru 2014
-eqwan






Welcome
Selamat datang ke blog ikhwanhibatullah. Terima kasih kerana  sudi untuk singgah ke laman ini. Laman ini adalah homepage kepada beberapa blog dan web site yang saya bina dengan fungsi yang berbeza.

Untuk mendapatkan servis kami seperti membaiki komputer, format komputer, troubleshooting, membuat tempahan bunting, banner, t-shirt, tag name, kad kahwin, button bach dan sebagainya, anda bolehlah ke laman Multi-EQ Business.

Kepada mereka yang ingin belajar mengenai teknik-teknik mudah untuk berdebat, anda bolehlah klik pada pautan Debat. Kami menyediakan informasi tentang tajuk-tajuk debat, peranan-peranan pendebat serta struktur perdebatan, dan juga tips-tips untuk menjadi seorang pendebat yang baik.

Kami juga ada menyediakan laman untuk anda mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling anda dan juga di peringkat global melalui pautan Eq-Isues.

Akhir sekali, kepada mereka yang memerlukan software-software latest dan terbaik dari ladang, anda boleh mengunjungi laman Eq-Soft. Kami menyediakan software-software lengkap dengan crack dan keygen yang diperlukan untuk activate software tersebut.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau permintaan, sila klik di sini.

Berhubung dengan kami juga melalui laman facebook. www.facebook.com/multi.eq

Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com
  • Search This Blog

    Feel Free to be my follower...

    I will follow you back

    Followers

  • Klik Link di Bawah

    Website counter