Ikhwan:

Perodua Bezza


MODEL syarikat Perodua menunjukkan kereta konsep Perodua Bezza yang diperkenalkan di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putera baru-baru ini.


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sedang memperincikan maklum balas dan komen daripada orang ramai mengenai model Perodua Bezza khususnya daripada pengunjung Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) pada awal bulan Disember tahun lalu.
Perodua Bezza merupakan model kereta untuk generasi masa depan yang memiliki ciri-ciri futuristik tetapi ia amat praktikal digunakan.
Namun sejak ia diperkenalkan pada pameran tersebut, pelbagai tanda tanya berlegar di pasaran sama ada kereta konsep itu akan menjadi salah satu model terbaru yang akan diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi.
Antara persoalannya ialah adakah kenderaan yang direka dengan kepakaran tempatan itu akan direalisasikan menjadi salah satu barisan model keluarannya atau ia akan hanya terus kekal menjadi kereta konsep semata-mata.
Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh , syarikat itu akan memberi tumpuan terhadap model kereta tersebut tetapi pihaknya perlu membuat kajian yang mendalam mengenainya terlebih dahulu selain menerima maklum balas daripada pengguna.

Pandangan Sisi


Pandangan Hadapan


Pandangan Hadapan



0 comments | | edit post
Reactions: 
Tiada manfaat debat dengan Anwar – Najib


PUTRAJAYA, 12 Jan – Datuk Seri Najib Razak mengetepikan cabaran ketua pembangkang yang mengajak beliau berdebat dengannya berhubung dasar-dasar ekonomi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat cabarannya semalam ekoran kecaman Najib mengenai inisiatif Pakatan Rakyat itu kelmarin.
Bagaimanapun Anwar membalas dengan berkata, Pakatan Rakyat mampu untuk membiayai Program 100 Hari mereka yang hanya memerlukan dana RM19 bilion.
Najib (gambar) enggan mengatakan beliau menolak debat itu tetapi menegaskan, harus ada hasil daripada debat yang hendak diadakan.
“Jika kita mahu debat, mesti ada hasil daripada debat itu.
“Saya tidak melihat perkara itu dan apa yang penting ialah pandangan publik,” kata beliau selepas menghadiri majlis makan tengah hari meraikan pasukan bola sepak negara yang membawa pulang Piala Suzuki AFF di Seri Perdana di sini.
Kata beliau, kedua-dua Pakatan dan BN boleh mengemukakan dasar-dasar ekonomi mereka dan ia harus diputuskan untuk orang ramai.
Semalam, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin mencabar Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat agar berdebat dengan beliau daripada mengajak Najib berbuat demikian.
Khairy melihat ketua pembangkang itu bukan standard Najib yang juga presiden Umno dan Pengerusi BN.
“Saya tidak akan menahan beliau,” kata Najib.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pula mencabar Anwar berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.
Semalam, Anwar mencabar Najib berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.
“Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu,” kata Nazri.
http://www.themalaysianinsider.com/
isuhot: hahahahahahahha…tajuk saja pun dah membuatkan darah mengelegak …sure tak senang duduk Mat liwat , ajakannya di ‘paria’kan oleh Dato Seri Najib Tun Razak….DSN kata lebih kurang macam ni…”lebih baik buat kerja berfaedah”…..
Yeala sejak keluar dari taman asuhan sg buluh…mat liwat ini tak pernah nak membantu memulihkan ekonomi dan menyedarkan rakyat…hobinya duk memburukkan Malaysia …ber”bayar” lah katakan….mana ada orang sanggup buat kerja free lebih2 lagi penganggur cam mat liwat …kerja duk jual nama dan meng’hina’ Malaysia…
0 comments | | edit post
Reactions: 
Orang Melayu Sudah Lupa Sejarah


ISU-ISU seperti hak istimewa Melayu, Ketuanan Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu serta kontrak sosial telah dicungkil kembali dan ada pihak tertentu menggunakan isu ini untuk mencapai objektif yang kita tidak pasti apa sebenarnya yang mereka mahukan.
Wahai kaum Melayu semua, berhentilah kita mencanang isu-isu sebegini untuk kepentingan tertentu. Jangan kita lupa peranan dan kedudukan kita pada hari ini. Sudah sekian lama orang Melayu dijajah oleh kuasa asing. Kini, sudah tiba masanya untuk kita bangun memajukan dan pada masa yang sama, mempertahankan tanah air kita daripada diceroboh anasir luar. Orang Melayu patut bersatu dan menunjukkan kita bukanlah bangsa yang suka berpecah belah.
Orang Melayu pada hari ini jangan sekali- kali melupakan sejarah apatah lagi meninggalkan sejarah dalam usaha menuju kemajuan dan kemodenan. Orang Melayu patut menjadikan sejarah lalu menjadi lebih baik pada hari ini dan masa akan datang.
Mengapa? Dalam sejarah masyarakat Melayu zaman dahulu, orang Melayu merupakan pelaut yang terkenal kerana mereka boleh meramalkan pergerakan musuh dan kapal-kapal di lautan serta mengetahui arah angin. Kerana kebijaksanaan ini beberapa buah negeri di Tanah Melayu menjadi pusat persinggahan kapal-kapal dagangan dari beberapa negara luar.
Tetapi di manakah Melayu dalam bidang ini sekarang ini? Begitu juga dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang telah diserang Portugis dan Belanda. Mengapa mereka hendak menawan Melaka dan apa yang lebih penting adalah mengapa mereka dengan senang dapat menawan kota Melaka? Sebabnya kerana salah seorang pembesar Melaka pada waktu itu telah belot dengan membuka rahsia kota Melaka kepada musuh.
Peristiwa itu cukup memberikan pengajaran, bahawa orang Melayu jangan sekali-kali menjadi pengkhianat bangsa dan negara. Jangan ada antara kita kerana kepentingan tertentu menjaja masalah negara kepada negara lain dan meminta negara lain membantu menyelesaikan masalah kita.
Ingat! Budaya dan adat resam masyarakat Melayu Malaysia tidak sama dengan budaya negara lain.
Semasa negara ini dijajah oleh British, segala pahit maung telah ditelan oleh datuk nenek kita. Tetapi apa yang British sudah buat pada orang Melayu dan apa yang British pernah kata kepada orang Melayu?
Di zaman penjajahan, apabila disebut sahaja sekolah Melayu, sudah pasti kita dapat bayangkan tentang struktur, keadaan persekitaran dan bangunan sekolahnya.
Keadaan ini merupakan satu faktor mengapa pendidikan Melayu tidak maju dan terkebelakang jika dibandingkan dengan sekolah Inggeris yang didirikan kerajaan British. Selain daripada masalah bangunan, sebahagian sekolah Melayu yang ada pada waktu itu tidak mempunyai kemudahan-kemudahan yang sepatutnya di mana sebahagian besar tidak mempunyai kelas yang sistematik, bahan bacaan yang dibekalkan juga sangat sedikit yang mana sebuah buku terpaksa dikongsi oleh tiga atau empat pelajar.
Begitu juga dengan perpustakaan yang keadaannya sangat mendukacitakan. Ini mungkin disebabkan kurangnya sambutan pelajar Melayu itu sendiri dan ada kaitannya dengan kurangnya buku-buku rujukan dalam bahasa Melayu. Apa yang nyata pada waktu itu sekolah Melayu tidak diberikan kemudahan dan infrastruktur yang teratur sebagaimana sekolah Inggeris.
Itu dari segi pendidikan Melayu. Jadi, orang Melayu yang hidup pada zaman serba moden ini jangan lupa akan kerendahan pendidikan Melayu zaman dahulu. Tetapi sedarkah kita ada orang Melayu tidak menghargai kemudahan pendidikan yang ada pada hari ini. Kita lihat saja walaupun kemudahan pendidikan hari ini tidak ada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan negara membangun yang lain, masih ada anak-anak Melayu ponteng sekolah, ditendang keluar universiti dan malas belajar.
Di zaman penjajahan British juga, mereka menganggap orang Melayu apa? Orang Melayu dikatakan sebagai bangsa yang malas, tidak suka bekerja di bawah orang lain, tidak produktif, tidak mahu bekerja lebih kuat, cukup sekadar untuk menampung makan dan pakai sekeluarga.
Justeru, mereka tidak memberikan peluang kepada orang Melayu untuk terlibat sama dalam sistem pemerintahan dan juga ekonomi kapitalis mereka.
Adakah bangsa Melayu hari ini masih mahu dilabel sebegitu oleh orang luar?. Cuba kita lihat apa yang berlaku hari ini? Masih ada segelintir orang Melayu yang walaupun telah diberi pelbagai kemudahan, bantuan, subsidi, dan biasiswa masih lagi menongkat dagu? Rasanya sudah sampai masanya untuk kita membuang sindrom ‘subsidi’ dan usahakanlah untuk membantu diri sendiri dengan bekerja lebih kuat dan gigih.
Tunjukkanlah kepada negara luar yang orang Melayu hari ini tidak lagi malas dan mampu bekerja sendiri. Dahulu kerajaan memberikan tanah kepada orang Melayu untuk diusahakan. Ini kerana orang Melayu tidak mempunyai tanah untuk bercucuk tanam dan hanya mampu menyewa dari orang lain dan mereka sentiasa menjadi mangsa orang tengah. Atas keprihatinan ini, pihak kerajaan memberikan tanah kepada mereka melalui rancangan Felda.
Sebagai penduduk pribumi dan penduduk asal Tanah Melayu, orang Melayu diberi kuasa untuk mentadbir negara. Parti-parti yang menang akan memegang tampuk pemerintahan. Bukan itu sahaja ‘pertuanan Melayu’ akan tetap kekal dalam semua aspek politik, ekonomi dan sosial. Selepas itu muncul pula ‘kontrak sosial’ yang mengikat hubungan antara bangsa Melayu, Cina dan India. Kuasa-kuasa ini diperturunkan lagi ke peringkat bawah apabila wakil-wakil yang dipilih rakyat akan duduk di kerusi Parlimen. Begitu tinggi kuasa yang diberikan oleh rakyat. Tetapi apa yang berlaku?
Ada segelintir masyarakat Melayu yang telah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik masing-masing sehingga melupakan tanggungjawab utama membantu rakyat yang telah memberikan mereka kuasa sebelum ini.
Itu adalah segelintir isu yang telah menampakkan senario-senario kealpaan masyarakat Melayu terhadap sejarah. Ingatlah perpecahan adalah bibit-bibit ke arah kemusnahan sesuatu tamadun manusia. Barangkali kita kena selidik balik faktor-faktor kejatuhan sesuatu tamadun dunia sebelum ini. Itulah pentingnya Sejarah!
0 comments | | edit post
Reactions: 
Konsert menyatukan Melayu

IRAMA nasyid ada kekuatannya yang tersendiri berbanding muzik-muzik yang lain. Nasyid mudah dihayati oleh segenap lapisan pendengar kerana melodinya yang sedap didengar. Mesej-mesej di sebalik lirik-lirik lagunya juga positif.

Kebanyakan lirik dan lagu nasyid berkisar tentang agama Islam, mesej ketuhanan ataupun kemanusiaan. Nasyid juga mudah dinikmati oleh semua orang Islam di negara ini.
Tidak hairanlah nasyid boleh dijadikan sebagai alat bagi menyatukan orang Islam terutama Melayu berbanding irama-irama lain.
Buktinya, melalui Konsert Mahabbah Gaza yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Pada konsert percuma itu, ramai ahli politik dan penonton tidak kira daripada parti UMNO, Pas atau PKR telah hadir memberi sokongan.
Jelas nasyid dengan teras Islam di sebaliknya mampu menyatu-padukan orang-orang Melayu.
Lebih murni lagi apabila konsert itu dianjurkan bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis Israel sejak sekian lama.
Ia lanjutan kapal Mavi Marmara iaitu flotila bantuan kemanusiaan yang diserang askar Israel yang menuju ke Gaza pada 31 Mei lalu.
Nasyid dan konsert itu seolah-olah telah memberi suatu anjakan baru dalam usaha menyatukan orang-orang Melayu.
Bukan setakat RM27,850 derma untuk rakyat Palestin berjaya dikutip daripada hampir 15,000 penonton yang hadir pada konsert tersebut. Malah, ia juga boleh dianggap sebagai permulaan ke arah menganjak usaha murni tersebut.
Konsert atau kempen membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin itu sekali gus boleh membuka minda orang-orang Melayu. Berfikir tentang nasib rakyat Palestin sama juga seperti mereka berfikir tentang nasib orang-orang Melayu di negara ini.
Sambil para artis seperti Rabbani, Inteam, Saujana, Nowseeheart dan Ummul Qura menyanyikan lagu Bebas Palestin, para penonton juga mungkin terfikir untuk membebaskan pemikiran buruk orang-orang Melayu ketika ini tanpa mengira fahaman politik.
Konsert itu cukup berkesan dalam usaha penyatuan tersebut. Natijah di sebalik perpecahan orang-orang Melayu sekarang ini ialah, bagaimana kita mahu membantu rakyat Palestin jika mereka sendiri tidak bersatu-padu?
Sedangkan orang Arab Palestin yang terkenal dengan sikap kasar dan berani itu pun terus dilanyak oleh tidak sampai 10 juta orang Yahudi Israel, inikan pula orang Melayu yang lemah lembut dan amat toleran sikapnya sejak dulu lagi.
Sebab itu, apabila ada cadangan yang mahukan Konsert Mahabbah Gaza diteruskan di tempat-tempat lain, ia harus diberi perhatian serius. Pihak kerajaan seperti pihak berkuasa tempatan harus menyokong konsert ini.
Kalau boleh anjurkan konsert seperti itu di setiap negeri. Pihak kerajaan negeri boleh tampil membantu, misalnya menyediakan tempat secara percuma .
Semua itu dilakukan atas dasar membantu Palestin dan menyatukan orang-orang Melayu. Pada masa sama, libatkan syarikat-syarikat koporat darpada segi tajaan.
Mana tahu ketika orang Melayu begitu sukar untuk disatukan melalui parti politik, konsert seperti Mahabbah Gaza boleh mencetuskan kesedaran di kalangan mereka. Kesedaran akan pentingnya mereka bersatu demi agama Islam dan orang Melayu di negara ini.
3 comments | | edit post
Reactions: 
Malaysia bakal jadi pusat ujian perisian sistem komputer

MALAYSIA sedang mengorak langkah untuk menjadi pusat pengujian perisian sistem komputer utama di rantau ini bagi merebut potensi pasaran besar dalam bidang itu. 


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany, berkata bagi mencapai matlamat itu kerajaan menyokong inisiatif dijalankan Malaysian Software Testing Board (MSTB), sebuah badan yang bertanggungjawab menggerakkan industri pengujian perisian di negara ini menerusi program yang dijalankannya

Beliau berkata, antara peranan MSTB adalah mengenal pasti peluang perniagaan baru yang boleh diceburi syarikat pengujian perisian pada peringkat global serta membangunkan jaringan perniagaan dalam industri berkenaan.
“Kita mahu menjadi menjadi peneraju dalam industri ini dan sedang membangunkan program khusus ke arah melahirkan lebih ramai jurutera dalam bidang itu,” katanya selepas merasmikan persidangan pengujian perisian, Softec 2010 anjuran MSTB di Kuala Lumpur, semalam. 

Persidangan tahunan kali ketiga itu disertai pakar pengujian perisian dari 52 negara bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan industri itu kepada ekonomi Malaysia. 

Turut hadir, Pengarah Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noriyah Ahmad dan Presiden MSTB, Mastura Abu Samah. 

Devamany berkata, perniagaan pengujian perisian dianggarkan mempunyai nilai pasaran RM18.3 bilion (RM58.6 bilion) menjelang 2013 berbanding AS$12.6 bilion (RM40.3 bilion) tahun lalu. 
0 comments | | edit post
Reactions: 
Banyak Pihak Ambil Kesempatan Menjatuhkan Ariel
Saban hari semakin banyak kisah-kisah buruk yang saya dengar dari pihak media tentang vokalis Peterpan ini. Namun setiap yang didembar-gemburkan oleh media ini seakan-akan dirancang oleh sesetengah pihak atas tujuan tertentu. Pertama sekali, saya mendapati terdapat banyak pihak yang cuba mengaut keuntungan daripada kes ini seperti meggunakan isu ni sebagai tajuk utama majalah keluaran mereka. Kalau semua perkara yang disampaikan kepada masyarakat umum ini betul, tidak mengapa juga, malangnya terdapat banyak tokok tambah yang tidak berasas yang dilemparkan kepada Ariel. Perkara ini perlu dipandang series kerana masyarakat yang membaca gosip-gosip palsu sangat mudah untuk percaya dan terpengaruh dengan penipuan media. Sebagai contoh, saya baru sahaja mendengar gosip tentang Ariel juga melakukan hubungan dengan kaum sejenis dengannya. Kononnya terdapat 32 Video Ariel bersama dengan lelaki. Saya berpendapat bahawa gosip seperti ini sememangnya didatangkan oleh sesetengah pihak yang memang cuba untuk menjatuhkan karier Ariel dalam bidang seni. Kalau betul Ariel pernah terlibat dalam melakukan perkara terkutuk ini sebelum ini, mengapa baru sekarang, setelah kes Ariel dan Luna Maya ini, barulah mereka cuba sampaikan pada masyarakat. Saya kira tuduhan-tuduhan seperti cumalah permainan pihak-pihak tertentu untuk mengeruhkan lagi keadaan. Di sini juga, saya berharap agar masyarakat dapat berfikir dengan sebaiknya sebelum membuat keputusan untuk mempercayai gosip-gosip liar yang belum pasti kebenarannya.
-Oleh Ikhwan Hibatullah


0 comments | | edit post
Reactions: 

Make a Lady Bug Note at BlingPixie.com
0 comments | | edit post
Reactions: 
  • Search This Blog

    Loading...

    Feel Free to be my follower...

    I will follow you back

    Followers

  • Klik Link di Bawah

    ShoutBox


    ShoutMix chat widget
    Website counter